RIJALHAKIKI
Home
contact
facebook
twitter
RSS
2

APA KHABAR ORANG KAMPONG ???



 SALAM SEJAHTERA DI PAGI BUTA!


Huaaarrrrrrggghhhhhhh (bunyi menguap ye... mengantuk!)

Haaa kemain lama tuan kebun tak masuk menebas kat sini. Dah nak dekat dua tahun. Kalau tak nampak gak lalang-lalang tinggi duk melambai kat sini memanglah buta. Entah apa nak tulis. Kekok jari kelingking nak menaip apeeee pon tak boleh.

Tapi ini mungkin catatan terakhir tuan kebun sebelum nak melangkah ke dewan peperikasaan untuk semester terakhir sebagai pelajar tahun akhir walaupun masih belum membuat persiapan terakhir.

Maklumlah pendakian di perbukitan ilmu ni semakin hampir ke puncaknya. Makanya tidak akan ada lagi ruang untuk tuan kebun melampiaskan waktu di sini. Walaupun bukan selalu pun aku duk menebang kat sini kan.. Aiyooo menipu.

Yang penting sekarang? Aku Nak Study. Memburu Anugerah Dekan kali yang ke teeettttt... Esok lusa kalau aku cemerlang, setiap lima minit aku duk menebang kat sini. Hahahahahahahahahahaha (saje kasi penuh space sampai ke hujung sini)

Eh dah masuk subuh ni. Doakan Tuan Kebun ya! Assalamualaikum.





14

MEREKA JUGA MAHU HIDUP

video

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan kerana Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (al-Isra’: 31)
“Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan keturunan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.” (al-Baqarah: 205)

Sedikit Fakta: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan haram hukumnya menggugurkan janin setelah usia kandungan mencapai 120 hari kerana pengguguran tersebut dianggap satu jenayah bunuh keatas janin yang telah pun ditiupkan roh, kecuali pengguguran itu adalah untuk menyelamatkan nyawa ibu. Namun pengguguran kandungan yang berumur sebelum 120 hari adalah harus tetapai HANYA untuk kemaslahatan sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu...

Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda ”Sesungguhnya setiap kalian dikumpulkan penciptaannya diperut ibunya selama empat puluh hari berupa nuthfah (air mani), lalu menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama itu pula, lalu menjadi mudhghoh (segumpal daging) selama itu pula kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh kepadanya.” (HR Bukhari dan Muslim)